Usai muncul dengan Konsert SLAM X EXISTS Our Journey yang sold out, kini EXISTS kembali lagi secara solo dan lebih dekat dengan penonton melalui konsert yang dinamakan EXISTS Premium Live @PJ.
Konsert yang dianggap lebih intimate ini bakal berlangsung pada 4 Oktober 2025 di JioSpace, Petaling Jaya bermula pukul 8.30 malam.
Kumpulan EXISTS yang baru muncul dengan single Alasanmu Versi 2025 merasakan momen ini akan menjadi sebuah momen yang lebih dekat dan ‘close up and personal’ dengan para peminat memandangkan Jiospace merupakan sebuah lokasi yang menawarkan peminat dengan suasana tersebut.
Dapatkan momen ini bersama Ezad, Ujang, Ajai, Along dan Musa pada pertemuan mesra dengan dibaluti lagu-lagu nostalgia mereka kelak.
Pelancaran tiket: 2 Julai 10 pagi - Jualan tiket umum @ https://jiotix.asia/
Fan benefit menarik menanti anda – lihat senarai di bawah!
Venue
ODEUM @ JIOSPACE
Lot 1, Jalan 19/1b, Seksyen 19, 46300
Petaling Jaya,
Selangor,
Malaysia
Date
4 October 2025 8:30pm
Seating Plan
